Soalan Lazim

Apakah Yang Menyebabkan Transaksi Gagal ?

Transaksi gagal disebabkan perkara berikut:

  • Prepaid handphone anda habis. 
  • Modal kredit anda habis. 
  • Pin anda telah diblok. 
  • Pin anda salah. 
  • Kod produk salah. 
  • Nombor tujuan tidak benar. 
  • Kesalahan menaip format SMS dalam mengirimkan SMS ke nombor gateway server. 
  • Kesalahan dalam mengirimkan ke nombor gateway server.





Berapa Lama Masa Di ambil Untuk Proses Pengaktifan Akaun ?


Akaun baru akan aktif dalam masa 15 minit - 24 jam. Anda akan menerima sms dari server.




Adakah Deposit Akaun Modal Akan Luput Dalam Tempoh Masa Tertentu?


Deposit modal kredit tidak akan luput dalam waktu tertentu & tidak akan berkurang apabila tidak gunakan untuk melakukan sebarang transaksi.





Adakah Agen Topup Prepaid Dapat Mendaftarkan Agen Baru ?


Ya. Agen boleh mendaftarkan agen baru. Caj server RM5 akan dikenakan kepada anda sewaktu melakukan transaksi ini. Sila rujuk Format SMS.




Jualan Bagi Nombor Pelanggan Yang Sama Dalam 24 Jam?


Ya, cuma perlu tukar format SMS. Sila rujuk Format SMS




Deposit Modal Kredit Berkurang , Sedangkan Transaksi Belum Selesai ?


Sila hubungi CareLine(Server Coordinator) di talian 014-830 7732 untuk tindakan segera .





Berapa Lama Tempoh Masa Di ambil Untuk Penambahan modal ?


Jika tiada gangguan internet banking, deposit anda akan ditambah dalam masa 1 hingga 3 jam dan anda akan menerima SMS pengesahan jika deposit sudah ditambahkan oleh operator.




Jika ada Pertanyaan Berkaitan Pendaftaran Siapa Patut DiHubungi ?



Admin Syarikat iaitu En.Narul Erwan Shah Hasan di talian 0195983551





Pelanggan Tidak Menerima Topup ?

Perkara ini mungkin juga akan terjadi pada masa-masa tertentu berkemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan sistem rangkaian server Maxis dan Celcom terlalu sibuk mengendali dan memproses topup prepaid terutamanya ketika musim perayaan.





Pelanggan Lambat Menerima Topup ?

Perkara ini biasa terjadi berkemungkinan disebabkan pelanggan memberi nombor topup prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak ditopup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatat setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan syarikat. SMS kali kedua tidak akan menjadikan Nilai Topup "Double".



Lain - Lain Perkara Yang Mungkin Terjadi ?

SMS yang anda hantar tidak sampai ke gateway server. Ini mungkin juga disebab ketika anda menghantar sms itu, tiada atau kurang liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintain sistem rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan SMS yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar.(aktifkan delivery report) Sekiranya sms anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Setelah pelanggan berjaya ditopup, anda akan menerima mesej pengesahan beserta maklumat baki terkini dari gateway server.





Topup Pelanggan Tidak Diterima Tetapi Modal Telah Ditolak ?

Sila pastikan pelanggan anda jujur. Selain itu ada juga, mungkin berlaku "sim hang". Pastikan anda menyarankan supaya hp pelaggan tadi di on/off terlebih dahulu bertujuan untuk restart sim dan pastikan nombor yang dimasukkan adalah benar sama seperti dalam sms request anda. Jika masalah masih berlaku boleh hubungi careline dengan segera.




Sila Tambah Modal Sebelum Modal Kehabisan

Tambah Modal mengambil masa di antara 1 hingga 3 jam, jadi anda perlu menambah modal sebelum stok modal anda kehabisan bagi mengelakkan berlaku masalah tidak boleh topup.




Bagaimana Untuk Menyemak Baki Dan Transaksi Lain ?


Melalui SMS. Taip BAKI dan hantar ke nombor gateway server
Melalui gateway server http://webreporting.dyndns.org:1000/


Copyright © 2012 TopupPrepaid2u