Photobucket

Prospek Perniagaan Topup Reload Prepaid


Keratan akhbar menunjukkan kajian Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM) yang membabitkan 21.5 juta pengguna prabayar dan pasca bayar di Malaysia beberapa tahun lepas. Daripada jumlah tersebut, seramai 17.8 juta rakyat Malaysia telah melanggan pakej prabayar. Dalam kajian ini, SKMM merumuskan bahawa hampir RM 17 juta telah dibelanjakan oleh rakyat Malaysia dalam sehari untuk menghantar SMS. Nilai ini adalah terlalu besar!!



Graf di atas pula menunjukkan perkembangan pasaran dan pertambahan bilangan pengguna prabayar dan pasca bayar di Malaysia dari tahun 2000 sehingga 2004. Soalan saya, berapakah bilangan pengguna prepaid untuk tahun 2012 dan tahun-tahun yang berikutnya? Anda sendiri tahu jawapannya.

Daripada keratan akhbar dan graf di atas kita dapat membuat beberapa kesimpulan iaitu :
  1. Bilangan pengguna topup reload prepaid semakin meningkat dari tahun ke tahun.
  2. Pertambahan syarikat rangkaian telekomunikasi yang sedia ada di Malaysia turut membantu pertambahan pesat bilangan pengguna prepaid.
  3. Pertambahan program realiti tv yang memerlukan undian SMS turut meningkatkan perbelanjaan penggunaan topup reload prepaid

Sebagai rumusan, pasaran untuk perniagaan topup prepaid easyreload di Malaysia malahan pasarannya tiada penghujung dan tidak pernah tepu. Cuba anda bayangkan prospek jangkamasa panjang sekiranya anda terlibat secara langsung dengan perniagaan topup prepaid easyreload. Sudah pasti anda akan menjana pendapatan yang cukup lumayan bahkan mampu mencapai pendapatan ribuan ringgit dalam sebulan. Rebutlah peluang yang sedia ada!!

Copyright © 2012 TopupPrepaid2u

Photobucket